20150613

Kejam ke babe?

Dengan berbekalkan tenaga kopi latte dan sedikit tenaga yang memang sudah ada pada diri. Aku berbincang dengan santai bersama seorang perempuan yang juga merasakan membunuh adalah sesuatu yang menyeronokkan. Dia tidak gemar darah. Dia tidak suka bila aku menyiat kulit manusia yang mati pada malam sebelumnya. Dia hanya gemar lihat manusia menderita. Aku pula tidak kisahkan apa-apa asalkan aku boleh membunuh kerana membunuh sudah menjadi sebatian pada diri. Motif kami serupa, "Manusia semakin kejam!!", sambil mengangkat gelas berisi wine dan melagakannya.

Jarang sekali aku memilih peralatan membunuh berbentuk tumpul seperti penukul, tapi aku sudah memilihnya untuk bersama menghayun kasar dikepala mangsa. Kali ini kami mahukan cereka yang berbentuk soft and smooth. Senang cerita, kami buat mangsa menderita. Aku mahu melihat muka itu yang mengerang kesakitan dikala penukul ini singgah dilengan kiri mangsa dan ketukan ini persis ketukan penukul pada paku di dinding. Yacks! Bunyi tulang lengan mangsa yang mula patah. "Hahahancur!". Mangsa mengerang kesakitan meminta supaya dilepaskan.

Dulu sewaktu kecil, aku didedahkan dengan rancangan WWE yang menipu. Babi. Tapi tak mengapa, kerana aku belajar dari situ bagaimana mahu patahkan tulang rusuk manusia. Seronok! Aku buatkan setiap mangsa aku persis punching bag. Gantungkan setiap mangsa di siling rumah dan terajang! Memang have phun sungguh waktu itu. Nak lagi seronok waktu mereka sudah nyawa nyawa ikan. Hahahahahahahhahahahahahahahahahahahahahahahahahaha.

Aku kejam? Aku yang sebenarnya kejam? Aku gila? Kau orang lupa satu perkara yang buat orang menderita pun kejam. Tinggal orang tanpa ucapan pun kejam. Hina orang pun kejam. Pandang sinis pada orang pun kejam. Mengutuk orang dengan kawan kawan kau pun kejam. Malukan kawan kau untuk nampak bagus pun kejam. Tinggal kawan kau seorang bila kau dah ada kawan lain pun kejam. Mengaku kawan tapi sebenarnya pura-pura kawan pun kejam. Beri harapan palsu pun kejam. Tak suka tapi pura-pura suka pun kejam. Harini kata sayang, esok layan macam stranger balik pun kejam. Pinjam kereta kawan tapi tak isi minyak balik pun kejam. Menipu kata tak ada makwe/pakwe padahal dah tunang pun kejam. Buat perasaan kawan kau macam sehelai kertas bila tulisan kau buruk kau keronyok kertas tu dan buang pun kejam. Cakap depan lain, belakang lain pun kejam. Talam dua muka kawan kau pun kejam.

Kalau kau orang sibuk senaraikan jenis kejam aku yang membunuh tadi, aku dah senaraikan bentuk kejam manusia di atas muka bumi ni. Bukan semua yang kejam, tapi rata-ratanya semua ada sifat kejam. Beza aku dan orang-orang di atas ialah kejam aku secara fizikal dan kejam yang mereka lakukan adalah mental. Bila aku buat secara fizikal, sakit itu sudah mati sama seperti jasad mereka. Mereka tak akan rasa sakit secara berterusan kerana kejam yang berbentuk fizikal ini solid. Melainkan kejam secara mental yang lebih cenderung menggunakan perasaan manusia. Kau cuba bayangkan seorang lelaki dan seorang perempuan bermain dengan emosi. Apa jadi jika lelaki itu ditinggalkan oleh perempuan bangsat itu tadi? Ya. Hati. Hati dia sakit. Macam rasa kecewa, pedih, ralat dan terkilan. Kesian. Kalau lelaki itu terus terusan melayan perasaan? Perlahan-lahan hati dia mati. Hitam. Dan.. heartless.

Jadi bentuk kejam mana yang kau orang rasa kejam? Mestilah kejam berbentuk mental tu. Siapa pilih kejam yang bentuk fizikal tu mak dia anjing... dan kau sedang mengalami persoalan dalam kepala otak atau sedang maki aku sebab tak boleh pilih fizikal sebab nanti mak dia anjing lepastu ada yang tak kisah mak dia anjing tetap juga pilih fizikal dasar bebal. Ish. Ish. Ish.

Kejam? Mestilah!

p/s: belajar sesuatu lepas baca ini atau tak payah belajar sesuatu kerana awak bebal. Yang mana?