Aku tak mau bersedih jadi aku berhenti menulis. Berhenti bermain dgn kata kata.
Jika aku mula menulis, berlinang air mata yg ditahan selama ini menjadi kata kata kesedihan dan kebencian.
Mereka selalu menuduh aku yg bersalah, aku yg harus dipersalahkan.
Aku penat, lelah dan sudah lali dgn semua bajingan yg hanya mau kelihatan dia yg disakiti.
Jadi aku ketawakan yg disakiti, aku terpaksa juga ketawa biar aku yg kelihatan syaitan disini.
Aku lah yang paling jahat.
Biar! Biar semua tahu!
Lega, aku sudah jdi jahat dimata org.
Buat baik pun, mengaku kebaikan pun, tiada satu pun peduli.
Secebis saja kejahatan dan semua membenci.
Sungguh ironi.
Tapi, aku langsung kalah dgn kata kata.
Aku jadi lemah dgn setiap baris ayat yg aku luahkan.
Yang paling jujur dikala semua anggap aku syaitan adalah penulisan, kata kata.
Disini, tidak kelihatan yg mana salah yg mana betul, aku cuma mahu meluahkan.
Salah akukah, seorang manusia yg mahu lari dari kesilapan tetapi tetap dijerat dgn kesilapan lalu?