20110221

Hati-hati

Sudah lama, mungkin, aku meninggalkan kamar perempuan gila ini. Yang memerlukan kesinambungan di sebalik teka-teki kehidupan perempuan ini. Bagaimanakah dia? Sihatkah perempuan ini? 
"Nothing gonna happen if ya not stay down with me."
Terang perempuan gila dalam bahasa putihnya. Kini aku kembali dengan pelbagai cerita tentang perempuan ini.

Dan perempuan gila ini berlari ke kedai mamak kopi-ah. Sambil berkata-kata:
"Pegi kedai kopi, angkat kaki, mintak mamak satu kopi, sambil watchin' tb."
Kemudian aku berlari mendapatkan perempuan gila ini. Sambil berkata:
"Baik aku duduk rumah, angkat kaki, goyang-goyang, mintak mak buat kopi, sambil watchin' tb, channel ngeri-ngeri."