Aku tak tahu salah siapa. Dan siapa yang harus di salahkan. Mungkin aku yang salah atau memang aku yang harus menjadi pesalah. Aku reka watakwatak yang akan mati dan turut akan di salahkan seperti aku.
Mungkin aku silap. Aku tidak sepatutnya 'mereka' mereka semua. Ya. Aku yang salah. Mungkin harus aku matikan secepatnya supaya tiada lagi kisah sebegini. Aku tak buat cerita sedih. Tapi dalam hati, aku betulbetul merana.
Susah untuk aku matikan mereka. Kerana mereka kehidupan aku. Mereka mencorak segalanya. Mungkin berat untuk aku lupakan. Siapa lagi yang akan menggembirakan aku? Siapa? Setelah aku matikan segalanya. Aku harus pasrah? Atau biarkan saja?