Aku nak kekal dan sentiasa ada dalam situasi ini.
Berada di suatu sudut penjuru bilik darjah,
Yang di mana kawan kawan semua mengembirakan,
Yang selalu ada walaupun menyakitkan hati,
Kadang kadang menyampah serupa tumbuk lumat cili dalam lesung,
Benci.
Tapi akan tetap ada dalam sudut hati,
Bila mana lihat saja wajah mereka,
Bawakan sesuatu yang sayu dan... indah.
Aneh.
Akan ada nanti perasaan rindu pada semua yang ada.
Haih.
Suatu hari nanti aku akan lalui satu zaman yang kau semua akan lupakan aku.
Lupa kerana hilang ditelan zaman.
Indah.
Hari ini indah.
Moga keindahan ini kekal terpahat utuh,
dalam roh yang mengkandung badan.
Kekal,
Dalam hati, kawan kawan.