20130202

Hilang

"Cuba kau cari. Tak sesuai cari lain."
"Kau cakap senang. Macam mana dengan bab melupakan?"
Bisu.
"Kau ingat waktu aku tak buat kerja, aku tak termenung?"
Bisu.
"Kau ingat waktu aku termenung, aku nak tiba-tiba dia datang dalam kepala otak ni?", sambil menunjal-nunjal kepala sendiri.
Bisu. Barangkali berfikir.
"Kau ingat aku nak fikirkan dia?", kecewa
"Tapi kau boleh cuba lupakan dia."
"Ha ha ha ya lupakan dia.", sinis
"Apa aku cakap tak betul?"
"Manusia. Semua mahu tanya betul atau salah."
"Aku boleh tolong kau lupakan dia."
"Bagaimana?"
Berfikir.
"Kau ingat senang lupakan orang yang kau pernah sayang? Yang dah sebati dalam jiwa?", segera menyedut kafein yang dipesan tanpa pedulikan soalanku sebentar tadi.