berapa orang yang sebenarnya kau rasa kawan dalam jiwa?
sebab sebenarnya berapa orang aja yang kita betul-betul kenal?
yang boleh tahu kau sedang menangis ketika kau sedang tersenyum?
berapa orang kawan yang kau hilang ketika kau sedang bersusah?
berapa orang yang hilang bila kau katakan kawan?
di luar, di dalam, siapa yang kenal kau?
hanya keluarga, hanya dia, dia, dia
yang lain semua sampah belaka
semua kata kawan,
semua kata teman,
tapi bila kau bersedih,
bila kau berduka
tiada siapa mahu duduk bersama.
cubalah kau bersusah,
yang tinggal itu, kawan
yang pergi itu, bukan.