20120810

Aku benci

Dia menolak kepalaku dengan kasar supaya aku faham segala yang dia ungkapkan.
Tapi perlu ke tolak kepala aku hanya semata mahu buat aku faham?
aku bukan budak yang berumur 5 tahun.

Aku tak mengerti.
Kenapa selalu aku?
dan,
Kenapa mesti aku?

Dia menghina,
aku tertunduk bisu.
Dia mencaci,
air mata turun ke pipi.

Aku telan sedalamnya,
Aku tidak mempunyai hak.
Aku cuma seorang anak.
Dan kata-katanya menampar aku,
Dia berharap aku mati, kata-katanya masih terngiang.
Aku tahu dia sangat bencikan diri ini.

Ya,
Aku berharap aku mati dan tidak menyusahkan sesiapa lagi.
aku berharap.
amin.